Sate
Kajang Hj. Samuri & Anak-anak Enterprise Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat
perkongsian yang didaftarkan pada tahun 2000. Syarikat ini mula beroperasi
dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992. Kini ia telah
berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang dikategorikan sebagai peneraju
dalam bidang perniagaan sate secara komersial. Sekarang, restoran ini telah
mempunyai 20 buah rangkaian cawangan Sate Kajang Hj. Samuri yang beroperasi
sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri
Sembilan. Sate Kajang Hj. Samuri juga merupakan pembekal sate utama kepada
beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.
Misi Menjadi peneraju makanan tradisional Melayu Malaysia di mata dunia.
Visi Di Sate Kajang Hj. Samuri, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Keperluan mereka menjadi inspirasi kami. Kualiti produk perkhidmatan, kepakaran, kemahiran dan kakitangan yang berdedikasi memainkan peranan penting dalam menjadikan kami peneraju utama dan antara yang terbaik.
Sate Kajang Hj. Samuri merupakan symbol “Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenar”. Ia bukan sekadar RASA sahaja, sebaliknya melambangkan profesionalisme dalam memperkenalkan Makanan Tradisional Melayu Malaysia ke mata dunia….