cheap cartier replica 20160123 replica tag heuer

Profile

Pengasas Sate Kajang Hj samuri

Pengasas Sate Kajang Hj samuri

Hj Samuri & Anak-anak Enterprise Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkongsian yang didaftarkan pada tahun 2000. Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial. Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah rantaian cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan. Sate Kajang Hj Samuri juga merupakan pembekal sate utama kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.

satehistoryimg

Selain mempunyai pekerja lebih dari 500 orang pekerja, GMP (Good Manufacturing Practice) ataupun Amalan Pengilangan Baik dan pensijilan Halal akan menjanjikan pasaran yang lebih meluas melangkaui sempadan antarabangsa. Dengan perancangan yang teliti dan peningkatan prestasi yang berterusan, syarikat ini sedang mengorak langkah untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya.

Pengiktirafan yang diterima dari pihak kerajaan mahupun badan swasta telah menjadi sumber inspirasi kepada syarikat ini untuk terus maju. Selain itu, keprihatinan syarikat dalam memperkenalkan sate yang sinonim makanan tradisional masyarakat Malaysia ke serata dunia juga menjadi peransang untuk menjadi lebih berdaya saing dalam menempuh dunia perniagaan yang semakin mencabar.

Misi
Menjadi Peneraju Makanan Tradisional Melayu Malaysia di Mata Dunia.

Visi
Di Sate Kajang Hj. Samuri, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Keperluan pelanggan menjadi inspirasi kami. Kualiti Produk, perkhidmatan, kepakaran, kemahiran dan kakitangan yang berdedikasi memainkan peranan penting dalam menjadikan kami peneraju utama dan antara yang terbaik dalam industri makanan.

Sate Kajang Hj. Samuri merupakan simbol “Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenar”. Ianya bukan sekadar RASA sebaliknya melambangkan profesionalisme dalam memperkenalkan Makanan Tradisional Melayu Malaysia ke mata dunia….

Then, look at these guys examining their predicted long term effects!
Copyright © 2017 Replica watch Sate Kajang. All Rights Reserved.